Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia

Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ialah satu skim projek perumahan yang dilancarkan pada 4 Julai 2011 oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak.[1] PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00[2]

Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia

Industri Pemaju perumahan
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang www.pr1ma.my
Ditubuhkan 2011
Jenis Syarikat berkaitan kerajaan